Wednesday, 13 March 2013
TENTANG SMK KERAMBIT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT 27200 KUALA LIPIS
PAHANG
DARUL MAKMUR
PROFIL SEKOLAH
Sekolah Menengah
Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis telah dibuka pada 2 Januari 2001 dikawasan
seluas 27 ekar di Padang Endut, Kerambit. Penubuhannya bertitik tolak daripada
pembentukan satu jawatankuasa untuk memohon sebuah sekolah menengah bagi
menampung pelajar-pelajar dari Mukim Cheka 1 dan mukim Cheka 2. Sebelum ini
pelajar dari kedua-dua mukim ini ditempatkan di sekolah menengah berhampiran
seperti SMK Panglima Garang Abdul Samad (Benta), SMK Orang Kaya Haji (Bandar
Lipis) dan SMK Kuala Tembeling (Kuala Tembeling). Apabila bangunan sekolah
siap dibina sepenuhnya upacara penyerahan banggunan telah dibuat pada 26
Januari 2001 oleh Syarikat Satria Desa Sdn Bhd.
Sekolah
ini terletak 28 km dari Kuala Lipis dan 37 km dari Jerantut. Sekolah ini
diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. SMK Kerambit
menempatkan blok A (14 buah bilik darjah), blok B (Banggunan Pentadbiran), Blok
C, Blok D, Blok E dan Blok F.
Pada
tahun 2001 sebanyak 5 buah kelas telah dibuka untuk menempatkan pelajar yang
terdiri daripada 3 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Pada tahun
berikutnya iaitu 2002 bilangan kelas keseluruhannya telah bertambah menjadikan
6 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 3. Bilangan kelas keseluruhannya pada
2003 bertambah menjadi 8 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 4. Bilangan
kelas pada tahun 2004 pula sebanyak 10 buah kelas. Pada tahun 2005 bilangan
kelas menjadi 11 buah kelas dan pada tahun 2006 jumlah kelas di sekolah ini
menjadi 12 buah kelas dengan pertambahan satu lagi kelas tingkatan 4. Sehingga
2010, bilangan kelas bertambah menjadi 12 buah kelas dengan guru seramai 32
orang dan pelajar seramai 316 orang.
Asrama
SMK Kerambit pula boleh menampung 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang
pelajar perempuan yang telah mula dibuka pada tahun 2004. Ia dilengkapi dengan
sebuah dewan makan, surau dan beberapa kemudahan pembelajaran yang lain. Pada
tahun 2006 beberapa penambahbaikan telah dilakukan iaitu sudut infrastruktur
seperti surau, alatan sukan dan permainan disamping penambahbaikan dari sudut
pengurusan modal insan. Bagi melaksanakan hasrat tersebut empat orang guru
telah dilantik sebagai warden asrama dan dibantu oleh seorang penyelia asrama.
Dari segi penyelenggaraan kebersihan pula dua orang pembantu am rendah swasta
bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan asrama dengan bantuan dua orang
tukang kebun sekolah. Adalah menjadi harapan semua infrastruktur bertaraf kelas
pertama ini akan membentuk minda kelas pertama bagi warga SMK Kerambit.
Menjelang tahun2010 sekolah ini telah mempunyai 320 orang pelajar, 31 orang guru dan 10 orang staff sokongan dan mempunyai 12 kelas.
PENGERTIAN LENCANA
PENGERTIAN LENCANA
MOTTO SMK KERAMBIT
BERILMU,
BERAMAL DAN BERBAKTI
BERILMU
Merupakan tonggak kekuatan sesuatu bangsa.
Jesteru kecemerlangan ilmu merupakan matlamat warga SMK Kerambit
BERAMAL
Kecemerlangan ilmu harus selari dengan aspek
sosial iaitu beramal kepada masyarakat
BERBAKTI
Sebagai
warganegara Malaysia, Warga SMK Kerambit harus sentiasa berbakti kepada ibu
bapa, sekolah, agama, bangsa dan negara.
BUKU
Melambangkan betapa pentingnya ilmu dalam
kehidupan
WARNA
HIJAU
Melambangkan kesucian dan keihklasan yang ada
dalam diri setiap warga SMK Kerambit dalam usaha menjulang nama sekolah dan
memartabatkan ilmu
LATAR BELAKANG
LOGO
WARNA BIRU KEHIJAUAN
Melambangkan perpaduan yang harus ada pada
warga SMK Kerambit tanpa mengira kaum, agama atau bangsa untuk melahirkan warga
Malaysia yang cemerlang dari segenap sudut dan bidang
LOGO
BULAN SABIT YANG MELINGKUNGI BUKU
Melambangkan bahawa menuntut ilmu adalah
kehendak Islam. Jesteru dalam usaha mengejar ilmu, manusia seharusnya tidak
terkeluar dari landasan agama.
GABUNGAN
5 RANTAI BERWARNA MERAH
Melambangkan prinsip warga SMK Kerambit yang
berteraskan 5 rukun Islam dan 5 Prinsip Rukun Negara bagi melahirkan insan
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
WARNA
MERAH
Melambangkan keberanian dalam mempertahankan
prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang dipegang
GABUNGAN
LIMA RANTAI
Melambangkan semangat bersepadu warga SMK
Kerambit untuk menjulang kecemerlangan dalam bidang kokurikulum
WARNA
MERAH SEBAGAI LATARBELAKANG BUKU
Melambangkan keberanian warga SMK Kerambit
dalam usaa mengejar kecemerlangan
KERAMBIT
YANG
MELINGKUNGI
LOGO
Melambangkan bahawa seluruh warga SMK Kerambit
akan setia dan berpegang teguh kepada setiap prinsip, falsafah, visi dan misi
sekolah dalam usaha menjulang kecemerlangan ilmu
WARNA
PUTIH
Melambangkan setiap pelajar yang mendaftar di
SMK Kerambit masih bersih dari pelbagai gejala negatif. Jesteru guru memainkan
peranan membantu mereka membentuk peribadi mulia dan membimbing mereka untuk
menentukan hala tuju kehidupan mereka
Tuesday, 12 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)