Wednesday 13 March 2013

blok pejabat


PROGRAM MOTIVASI PENJAGA BERSAMA DATO' MUSTAFA LONG

TENTANG SMK KERAMBIT


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KERAMBIT 27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kerambit, Kuala Lipis telah dibuka pada 2 Januari 2001 dikawasan seluas 27 ekar di Padang Endut, Kerambit. Penubuhannya bertitik tolak daripada pembentukan satu jawatankuasa untuk memohon sebuah sekolah menengah bagi menampung pelajar-pelajar dari Mukim Cheka 1 dan mukim Cheka 2. Sebelum ini pelajar dari kedua-dua mukim ini ditempatkan di sekolah menengah berhampiran seperti SMK Panglima Garang Abdul Samad (Benta), SMK Orang Kaya Haji (Bandar Lipis) dan SMK Kuala Tembeling (Kuala Tembeling). Apabila bangunan sekolah siap dibina sepenuhnya upacara penyerahan banggunan telah dibuat pada 26 Januari 2001 oleh Syarikat Satria Desa Sdn Bhd.

Sekolah ini terletak 28 km dari Kuala Lipis dan 37 km dari Jerantut. Sekolah ini diletakkan di bawah penyeliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lipis. SMK Kerambit menempatkan blok A (14 buah bilik darjah), blok B (Banggunan Pentadbiran), Blok C, Blok D, Blok E dan Blok F.

Pada tahun 2001 sebanyak 5 buah kelas telah dibuka untuk menempatkan pelajar yang terdiri daripada 3 kelas tingkatan 1 dan 2 kelas tingkatan 2. Pada tahun berikutnya iaitu 2002 bilangan kelas keseluruhannya telah bertambah menjadikan 6 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 3. Bilangan kelas keseluruhannya pada 2003 bertambah menjadi 8 buah kelas dengan pembukaan tingkatan 4. Bilangan kelas pada tahun 2004 pula sebanyak 10 buah kelas. Pada tahun 2005 bilangan kelas menjadi 11 buah kelas dan pada tahun 2006 jumlah kelas di sekolah ini menjadi 12 buah kelas dengan pertambahan satu lagi kelas tingkatan 4. Sehingga 2010, bilangan kelas bertambah menjadi 12 buah kelas dengan guru seramai 32 orang dan pelajar seramai 316 orang.

Asrama SMK Kerambit pula boleh menampung 100 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan yang telah mula dibuka pada tahun 2004. Ia dilengkapi dengan sebuah dewan makan, surau dan beberapa kemudahan pembelajaran yang lain. Pada tahun 2006 beberapa penambahbaikan telah dilakukan iaitu sudut infrastruktur seperti surau, alatan sukan dan permainan disamping penambahbaikan dari sudut pengurusan modal insan. Bagi melaksanakan hasrat tersebut empat orang guru telah dilantik sebagai warden asrama dan dibantu oleh seorang penyelia asrama. Dari segi penyelenggaraan kebersihan pula dua orang pembantu am rendah swasta bertanggungjawab menyelenggarakan kebersihan asrama dengan bantuan dua orang tukang kebun sekolah. Adalah menjadi harapan semua infrastruktur bertaraf kelas pertama ini akan membentuk minda kelas pertama bagi warga SMK Kerambit.

Menjelang tahun2010 sekolah ini telah mempunyai 320 orang pelajar, 31 orang guru dan 10 orang staff sokongan dan mempunyai 12 kelas.













PENGERTIAN LENCANA








MOTTO  SMK KERAMBIT
BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI

BERILMU
Merupakan tonggak kekuatan sesuatu bangsa. Jesteru kecemerlangan ilmu merupakan matlamat warga SMK Kerambit

BERAMAL
Kecemerlangan ilmu harus selari dengan aspek sosial iaitu beramal kepada masyarakat

BERBAKTI
 Sebagai warganegara Malaysia, Warga SMK Kerambit harus sentiasa berbakti kepada ibu bapa, sekolah, agama, bangsa dan negara.

BUKU
 Melambangkan betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan

WARNA HIJAU
 Melambangkan kesucian dan keihklasan yang ada dalam diri setiap warga SMK Kerambit dalam usaha menjulang nama sekolah dan memartabatkan ilmu


LATAR BELAKANG LOGO

WARNA  BIRU KEHIJAUAN

Melambangkan perpaduan yang harus ada pada warga SMK Kerambit tanpa mengira kaum, agama atau bangsa untuk melahirkan warga Malaysia yang cemerlang dari segenap sudut dan bidang

LOGO BULAN SABIT YANG MELINGKUNGI BUKU
Melambangkan bahawa menuntut ilmu adalah kehendak Islam. Jesteru dalam usaha mengejar ilmu, manusia seharusnya tidak terkeluar dari landasan agama.



GABUNGAN 5 RANTAI BERWARNA MERAH

Melambangkan prinsip warga SMK Kerambit yang berteraskan 5 rukun Islam dan 5 Prinsip Rukun Negara bagi melahirkan insan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

WARNA MERAH

Melambangkan keberanian dalam mempertahankan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang dipegang

GABUNGAN LIMA RANTAI

Melambangkan semangat bersepadu warga SMK Kerambit untuk menjulang kecemerlangan dalam bidang kokurikulum


WARNA MERAH SEBAGAI LATARBELAKANG BUKU

Melambangkan keberanian warga SMK Kerambit dalam usaa mengejar kecemerlangan

KERAMBIT YANG
MELINGKUNGI LOGO

Melambangkan bahawa seluruh warga SMK Kerambit akan setia dan berpegang teguh kepada setiap prinsip, falsafah, visi dan misi sekolah dalam usaha menjulang kecemerlangan ilmu

WARNA PUTIH

Melambangkan setiap pelajar yang mendaftar di SMK Kerambit masih bersih dari pelbagai gejala negatif. Jesteru guru memainkan peranan membantu mereka membentuk peribadi mulia dan membimbing mereka untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka


ACARA SEKOLAH





anak-anak yang telah pun melangkah ke alam pekerjaan atau menara gading